Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

TERAPI OKSIGEN MADINATUL ASRAR

TERAPI OKSIGEN MADINATUL ASRAR

Anda Stress Bekerja???!!!

Tubuh Sering Keletihan…

Anda Sering Mengantuk…??!!!

Kurang Berstamina???

Tubuh banyak Toksin

Rasa Kurang Sihat..??!!!

Hilang Fokus??!!!

Masih rasa letih dan tegang walaupun tidur lebih dari 8 jam..??!!!

Kerap Menguap!!!???

Kurang OKSIGEN…???!!!

MANUSIA mungkin boleh hidup tanpa makanan selama 15 hari dan tanpa air lebih tujuh hari, namun tubuh tidak akan mampu bertahan tanpa oksigen lebih daripada beberapa minit.

Oksigen merupakan nutrien paling penting yang diperlukan pada setiap saat yang mana 80 peratus nutrien di dalam otak manusia adalah oksigen. Oksigen yang bersih dan kuantiti yang banyak serta segar sangat diperlukan oleh otak.

Apabila sel-sel di dalam badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi, maka akan lahirlah sel-sel mati yang berpotensi bagi melahirkan sel kanser.

Menyedari kepentingan menghirup oksigen yang bersih tanpa sebarang elemen pencemaran, sebuah Pusat Rawatan Madinatul Asrar telah membuka kepada orang ramai Terapi Oksigen yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan taraf kesihatan.

Pencemaran alam sekitar seperti jerebu dan asap daripada aktiviti perindustrian serta kenderaan merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kandungan bahan sisa berbahaya seperti karbon monoksida di dalam udara.

Kesan karbon monoksida pada manusia akan menghalang fungsi darah yang membawa oksigen ke dalam tisu badan termasuk organ penting seperti jantung dan otak.

‘‘Di antara tanda-tanda awal akibat terdedah kepada pencemaran ialah pening kepala, cepat letih, mudah mengantuk, kurang konsentrasi dan tidak bertenaga.

“Tanda-tanda penyakit seperti ini berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, status, latar belakang malah kepada mereka yang mengamalkan cara hidup sihat.

‘‘Menghirup oksigen dengan kapasiti yang tinggi merupakan satu-satunya rawatan yang dikenalpasti dalam bidang perubatan bagi menghadapi pencemaran masa kini,''

Terapi Oksigen di Pusat Rawatan Madinatul Asrar adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan negatif dan memberi 30 peratus oksigen bersih dan segar untuk paru-paru yang keletihan kerana memproses udara yang tercemar. Dengan menghirup 30 peratus oksigen selama beberapa hari, seseorang itu akan dapat merasai perubahan pada dirinya.

Antara kebaikan Terapi oksigen ialah menghilangkan rasa penat daripada bekerja atau selepas bersenam, meningkatkan konsentrasi terutama kepada pelajar dan pemandu jarak jauh, menghilangkan rasa pening-pening dan membuatkan tubuh berasa segar semula.

IBU MENGANDUNG

Oksigen juga penting bagi ibu mengandung kerana janin memerlukan oksigen tambahan, selain mengurangkan kadar gula dan lemak dalam darah.

Dalam pada itu, oksigen yang bebas daripada sebarang pencemaran turut menggalakkan pembentukan kulit yang cantik, menghindarkan penyakit kanser dan asma, serta merawat pelbagai penyakit kesan daripada pencemaran udara.

Darah manusia adalah cecair tisu di mana fungsi utamanya adalah menjadi pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh badan.

Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan juga mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan daripada jangkitan kuman.

“Darah manusia berwarna merah, merah terang apabila mengandungi oksigen dan merah tua apabila kekurangan oksigen.

“Terdapat 2,000 liter darah mengalir ke dalam otak manusia setiap hari. Dan ia merupakan suku daripada keseluruhan darah yang digunakan di dalam tubuh badan manusia.

“Otak memerlukan darah yang banyak terutama apabila fikiran sedang menumpukan kepada sesuatu perkara. Oleh demikian, otak kita memerlukan lebih banyak darah yang kaya dengan oksigen,” katanya.

Terapi Oksigen juga membantu golongan pelajar kerana ia dapat meningkatkan konsentrasi terhadap pembelajaran dengan jangka waktu yang lebih lama dan tidak mudah hilang fokus, meningkatkan IQ dan menggalakkan perkembangan minda yang positif.

Selain pelajar, pemandu dan pekerja turut memerlukan Terapi Oksigen kerana dapat meningkatkan fokus serta menghindar rasa mengantuk semasa memandu terutama pemanduan jarak jauh dan bagi pekerja, ia dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Kualiti kesihatan turut dapat dipertingkatkan kerana Terapi Oksigen dapat membantu menghilangkan rasa penat dan stres selepas bekerja atau selepas bersenam, mengaktifkan perjalanan darah yang akan meningkatkan stamina serta tenaga, sebagai vitamin alternatif untuk sumber tenaga pada otak yang penat.

Pusat Rawatan Madinatul Asrar yang memperkenalkan perkhidmatan Terapi Oksigen di sekitar Sarawak,Sabah dan Semenanjung mahu orang ramai peka tentang pentingnya terapi oksigen bagi penjagaan kesihatan bagi mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang masa.

Mereka yang sukar tidur digalakkan mendapatkan Terapi Oksigen ini kerana selepas pengambilan selama setengah jam, mereka akan dapat tidur dengan nyenyak.‘‘Ia merupakan cara semula jadi untuk menyedut oksigen dan tidak mengandungi kimia atau steroid.

TERAPI OKSIGEN REMAJAKAN KULIT ANDA

KULIT memerlukan oksigen untuk tetap sihat kerana oksigen membantu produksi kolagen, elastin dan produk lain yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Semakin bertambah usia manusia, sirkulasi pembuluh kapiler memburuk sehingga pasukan oksigen dan gizi untuk mencapai sel kulit berkurang. Ini menyebabkan dehidrasi kulit. Salah satu terapi pemerajaan yang baik untuk dipertimbangkan adalah terapi oksigen.

Pada usia 30 tahun, kadar oksigen mengalami penurunan hingga 25%. Pada usia 40, kadar oksigen berkurang hingga 50% dan tingginya polusi dapat menyababkan kehilangan oksigen lebih tinggi lagi. Normalnya, kulit akan memperbarui dengan sendirinya setiap 28 hari, namun jika oksigen dan gizi tidak ada di dalam tubuh, proses reproduksi sel akan melemah atau sel kulit baru menjadi tidak sihat. Akibatnya terjadi penuaan awal, bergaris, kedur, kendur, pigmentasi dan tekstur. Proses penuaan juga mengakibatkan munculnya berbagai penyakit dan kegagalan organ.

Dengan pengubatan anti penuaan, manusia dapat terlihat dan merasa lebih muda, meskipun secara usia terus bertambah. Pengubatan anti penuaan dapat membantu mengurangi risiko terkena penyakit yang berkaitan dengan penuaan.

Terapi oksigen kini beragam macamnya mulai dari hiperbarik hingga ozon. Namun kini mulai tersedia terapi oksigen yang diyakini lebih praktikal dan efisien dibanding terapi oksigen yang ada sebelumnya.Sila dapatkan Terapi Oksigen di Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk menjaga kecantikan dan mengekalkan keremajaan kulit anda.

OKSIGEN KURANG, PENYAKIT DATANG 

 “Hasil tes di Brisbane, menunjukan bahawa 70 persen orang awam menderita kekurangan oksigen “Jika Anda mudah sakit dan merasa letih terus menerus, mungkin Anda menduga makanan yang kurang vitamin dan mineral, gaya hidup tidak sihat, atau stres akibat pekerjaan sebagai penyebabnya. Anda mungkin tidak pernah berfikir kekurangan oksigen juga boleh menjadi penyebab utama.

Oksigen mempunyai peranan vital bagi tubuh manusia. Untuk mendapatkan energi, selain gula atau glukosa, tubuh kita memerlukan oksigen sebagai bahan bakar. Reaksi kimia antara gula dan oksigen akan menghasilkan Adenosine Tri Phosphate (ATP) yang disebut sebagai “ energi murni sel “. Kekurangan oksigen akan menurunkan cadangan energi tubuh. Anda akan merasa mudah letih. Selain itu, kekurangan ATP akan mengganggu signal elektis dari otak ke otot sehingga membuat otot lelah.

Keberadaan glukosa yang tidak diimbangi oksigen yang cukup akan menciptakan keadaan anaerobic yang memperlemah sel dan membahayakan system kekebalan tubuh. Tak hairanlah, Anda pun mudah dijangkiti sakit. Keadaan anaerobic ini pula yang berpotensi meminculkan sel-sel tak normal, yang boleh berkembang menjadi kanser.

Pola makan yang buruk semakin memperparah keadaan kekurangan tubuh. Oksigen dipakai untuk menyeimbangkan keasidan tubuh (ph). Jika Anda suka makanan yang mengandung asam, misalnya minuman kola atau gula putih, oksigen akan banyak terpakai sehingga persediaannya tak cukup untuk memproduksi ATP.

Mungkin Anda merasa tidak pernah kekurangan oksigen. Setiap saat kita menghirup oksigen. Zat ini berkaitan dengan hampir semua elemen yang ada di alam . Air mengandung oksigen, sementara dua per tiga tubuh kita mengandung air. Begitu juga zat-zat dalam makanan. Jadi, bagaimana mungkin kita boleh kekurangan oksigen ?

Banyak orang tidak sedar tubuhnya kekurangan oksigen. Fakta ini terungkap dalam sebuah eksperimen di Brisbane, Australia, dengan menggunakan oksigen meter pada sekumpulan orang. Hasil test menunjukan bahwa 70 persen sekumpulan orang tersebut menderita kekurangan oksigen dalam berbagai tingkatan.

Solusinya ? Anda harus meningkatkan jumlah oksigen ke dalam tubuh selain rajin berolahraga dan menetapkan pola makan sihat. Sekadar informasi, dikota besar seperti Kuching,Sarawak setiap saat sistem kekebalan tubuh Anda diserang terus menerus oleh sekitar 70.000 jenis zat kimia dari persekitaran.

SIHAT DAN BERTENAGA BERKAT OKSIGEN

 "Jika otak tidak mendapat oksigen dalam jangka masa 4 minit akan berlaku kerosakan yang irreversible atau tidak boleh dipulihkan"

Oksigen sangat penting bagi manusia.   Elemen ini pemberi kehidupan bagi sel-sel tubuh sekaligus menjadi pembunuh bakteria anaerob yang berbahaya.Oksigen juga berfungsi sebagai pembersih tubuh dari polutan dan bahan kimia.

Kerana fungsinya yang begitu penting, kekurangan oksigen akan memberi kesan serius bagi kesihatan.   Organ-organ tubuh tidak akan dapat melakukan fungsinya dengan baik.   Otak misalnya, memerlukan oksigen terus menerus.   Jika otak tidak mendapat oksigen dalam jangka masa 4 minit akan berlaku kerosakan yang irreversible atau tidak boleh dipulihkan.  

Hemaglobin Pengikat Oksigen

Manusia merupakan makhluk aerobic, ertinya manusia memerlukan oksigen dari udara untuk menghasilkan tenaga dalam tubuhnya.   Oksigen ditangkap oleh darah untuk diedarkan ke seluruh tubuh.   Untuk itu, darah dalam tubuh juga harus cukup untuk menyeimbangkan memenuhi oksigen.   Bila tubuh kekurangan darah, bererti tubuhpun kekurangan oksigen.

Dalam darah terdapat protein hemoglobin yang berfungsi untuk mengikat oksigen dan membawanya ke seluruh tubuh.   Hemoglobin merupakan protein darah yang berfungsi sebagai lori pengangkut di mana oksigen adalah muatannya.   "Jadi kalau hemoglobinnya cukup, lori pengangkut cukup, dalam melakukan pekerjaan mungkin kita tidak ada masalah dengan fizikal.   Tetapi kalau hemoglobinnya kurang (anemia), mungkin ketika berlari sebentar sudah pengsan, "

Mengapa orang-orang yang tinggal di daerah yang tinggi jauh di atas paras laut boleh hidup sihat?   Padahal semakin tinggi suatu tempat maka oksigennya akan semakin "tipis".   Oksigen akan lebih banyak terdapat di ketinggian yang berhampiran dengan atas permukaan laut.   Satu kajian mendedahkan, orang-orang yang hidup di kawasan yang tinggi mempunyai hemoglobin yang lebih tinggi berbanding orang-orang yang tinggal di daerah rendah.

Kerjasama Jantung dan Paru-paru

Proses pernafasan sangat penting untuk melangsungkan hidup manusia. Oksigen masuk ke dalam tubuh bermula dari pernafasan. Proses ini yang membolehkan tubuh menyerap oksigen dan mengeluarkan Karbon dioksida.

Paru-paru mirip span yang terdiri daripada berjuta-juta gelembung kecil yang disebut alveoli (beg udara). Dinding gelembung yang tipis ini terdiri daripada pembuluh-pembuluh darah. Disinilah berlaku pertukaran karbon dioksida dan oksigen. Alveoli membuat darah bersinggungan dengan udara yang kita sedut sehingga oksigen boleh masuk kealiran darah dan karbon dioksida boleh keluar untuk dibuang pada saat kita melepas nafas.

Agar oksigen sampai ke tisu badan, jantung mengepam darah yang mengangkut oksigen dan kemudian oksigen dialirkan melalui sistem kardiovaskular (sistem pembuluh darah). Menurut Prof. Dr. Nukman Muluk, Sp. And, Guru Besar Andrologi dan Biologi Perubatan FKUI, jantung mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida.   Jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke rangkaian di seluruh tubuh.

Darah kotor yang telah kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida akan mengalir ke jantung melalui 2 vena besar (vena cava) menuju ke dalam atrium (serambi) kana,. Kemudian atrium kanan yang telah terisi darah akan mendorong darah ke dalam ventrikel (bilik) kanan. Dari sana, darah dipam ke paru-paru melalui injap pulmoner ke dalam arteri pulmonari.

Didalam paru-paru, darah akan mengalir melalui saluran yang sangat kecil (kapilari) untuk menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang kaya dengan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri, kemudian didorong ke dalam ventrikael kiri. Selanjutnya darah yang kaya dengan oksigen ini dipompakan melalui aorta, arteri terbesar dalam tubuh.

Bahan Bakar Tubuh

Gambaran keperluan tubuh terhadap oksigen tampak jelas ketika bersenam. Selesai bersenam, anda pasti merasa penat, otot-otot lemas, denyut nadi juga lebih cepat, tekanan darah naik, dan pernafasan termengah-mengah. Mengapa demikian? Menurut Dr. Hario, itu adalah reaksi badan supaya aliran darah dan oksigen tetap dipenuhi. "Kalau anda sedang bersenam dan oksigennya kurang, bererti otot kita tidak boleh bekerja dengan maksimum, akhirnya orang itu lemas dan kalau pada saat itu juga oksigen tidak mencapai ke otak akhirnya orang boleh pengsan," ujarnya.

Oksigen masuk ke dalam sel-sel tubuh sehingga terjadi proses pembakaran terhadap sari makanan yang kita cerna.   Hasilnya berupa Adenosin trifosfat (ATP).Jika tubuh memerlukan tenaga, sebuah fosfat akan dilepaskan sehingga menjadi adenosine difosfat (ADP), begitu seterusnya.

Ada beberapa sistem tenaga yang memerlukan oksigen, ada pula sistem tenaga yang tidak memerlukan oksigen. Sumber tenaga bagi aktiviti jangka pendek, yang tidak memerlukan oksigen, diambil dari ATP yang ada. Jika tubuh memerlukan tenaga lagi, maka cadangan karbohidrat dalam otot dan hati yang disebut glikogen akan dihuraikan kembali menjadi glukosa dan diubah menjadi ATP sehingga boleh menghasilkan tenaga. Tubuh akan letih jika glikogen berkurang.

Aktiviti yang berlangsung lama jelas memerlukan oksigen yang banyak, contohnya lari marathon, perlumbaan basikal jarak jauh, atau bola sepak. Untuk keperluan tenaganya, oksigen akan digunakan untuk menghuraikan asid lemak rantai panjang, protein dan glukosa untuk menghasilkan tenaga. Sistem ini disebut sistem tenaga oksidatif.

Tentu saja, kerja oksigen menghasilkan tenaga ini mendapatkan bantuan paru-paru dan jantung.

Seorang pelari boleh berlari selama 2 atau 3 jam terus-menerus, menunjukkan paru-paru dan jantungnya kuat sekali, boleh mengambil oksigen dan mengaedarkannya ke seluruh tubuh secara terus-menerus.

Itulah sebabnya agar selalu sihat dan bertenaga, kita harus melatih kemampuan aerobic dengan bersenam, bukan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress.

BEBERAPA PERANAN OKSIGEN DALAM JARINGAN TUBUH MANUSIA

Berpengaruh besar dalam tatacara tekanan darah.

Membantu proses detoksifikasi di liver.

Membantu metabolisme.

Menyimbangi keasidan dalam perut.

Mengoptimumkan terapi pada penyakit peredaran darah.

Memperbaiki mikro peredaran di dalam pembuluh darah kapilari.

Berfungsi juga sebagai antivirus, antibakteria, dan antiifungal.

Memperbaiki keadaan hipoksia seperti asma, alergi, dan sebagainya.

Mempercepatkan penyembuhan luka.

Merangsang sistem kekebalan tubuh.

Memperkuat Seksualiti

Hal yang menarik, jika keperluan oksigen tercukupi, maka kemampuan seksual anda juga meningkat.   Menurut Prof.

Nukman Muluk, selain memberi makan sel-sel tubuh atau organ-organ tubuh, oksigen juga menyebabkan relaksasi pada pembuluh-pembuluh darah sehingga pembuluh darah melebar dan akhirnya darah boleh mengalir dengan lancar.

Dengan begitu tubuh kita pun lebih bugar dan terhindar dari gangguan ereksi yang biasanya disebabkan aliran darah ke zakar tidak lancar.

Kecukupan oksigen akan membuat aliran darah ke otak pun lebih lancar sehingga ghairah seks atau libido juga akan lebih baik. Maklum, kemampuan seksualiti bukan hanya ditentukan keupayaan "organ bawah" tapi juga organ luhur. (Majalah human)

Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)

Satu keadaan di mana  saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang berkekalan.

 Ia terdiri daripada  bronkitis kronik dan emphysema.

Ia berpunca daripada  radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru. 

Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.

Kadar kejadian penyakit ini di kalangan  lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.

 

Tanda & Simptom termasuklah:

Sesak nafas

Batuk yang berpanjangan

Kahak yang berlebihan

Nafas berbunyi (wheezing)

Dada berasa ketat

Mudah penat semasa bersenam

Keletihan

Gangguan tidur

Pengurangan berat badan 

KOMPLIKASI

Fizikal  

Jangkitan paru-paru yang kerap

Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)

Lemah jantung

Pengurangan berat badan

Psikologi

Kemurungan dan keresahan

Tekanan kepada penjaga

Sosial

Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam

Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal

RAWATAN

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

Berhenti merokok – dapatkan bantuan dari klinik berhenti merokok

Rehabilitasi Paru-paru – sila rujuk seksyen rehabilitasi

Rawatan Ubat-ubatan

Rawatan menggunakan alat sedutan (inhaler) adalah rawatan utama.

Rawatan lain seperti pil dan penggunaan mesin nebulizer hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor

Rawatan oksigen mungkin diperlukan untuk segelintir kes.

Ubat antibiotik boleh digunakan dalam rawatan jangkitan paru-paru dengan nasihat doktor

Pencegahan

Berhenti Merokok - Terapi gantian nikotin mungkin boleh membantu Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru.

Rehabilitasi

Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan pegawai dietetik. Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian. Penilaian oleh pakar psikologi dan pegawai kebajikan perubatan boleh juga membantu untuk kes-kes tertentu.

JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan  (bronchitis)  dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.


Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

Demam panas

Batuk dengan atau tanpa kahak

Sakit dada

Tiada selera makan, tidak mahu makan

Rasa tidak sihat, sering merengek

Pernafasan laju atau susah bernafas

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi  sangat serius  dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

Pernafasan laju

Sukar untuk bernafas

Bibir menjadi biru

Batuk berdarah

Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini.

Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

Paracetamol

Rehat yang secukupnya

Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)

Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)

Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

TERAPI OKSIGEN UNTUK MENGATASI PENGENTALAN & PENYUMBATAN PEMBULUH DARAH

Darah adalah cairan yang sangat penting. Darah anda menentukan hidup anda. Itulah mengapa untuk mengukur keadaan sakit sihatnya seseorang, anda seringkali diminta untuk periksa darah.Tubuh kita dapat terhindar dari berbagai penyakit kronik atau infeksi bila darah kita dalam keadaan normal.

Didalam analisa sel darah, darah dikatakan normal bila partikel Sel darah merah berbentuk bulat-bulat, berdiri sendiri, dengan ukuran yang sama satu dengan yang lainnya. Sel darah seperti ini mampu mengalirkan nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh dan mengeluarkan sampah tubuh secara optimum.

Contoh gambar darah yang normal (pengamatan live blood analysis)

Jadi bagaimana darah kita menggumpal,sel darah merah saling berikatan satu sama lain, yang terjadi adalah darah sebagai alat distribusi atau tranportasi menjadi terganggu. Apalagi kalau darah dipenuhi dengan penggumpalan trombosit yang menyebabkan pengentalan darah.

Contoh gambar darah yang tidak sihat, sel darah merah menggumpal, bertumpukan satu sama lain, agregasi tromboit, kolesterol, liver stress

Pengentalan darah & penyumbatan pembuluh darah dapat menyebabkan kematian jaringan & organ, gagal ginjal, tekanan darah tinggi, serangan jantung & stroke.

Gejala yang dapat ditimbulkan antara lain sering kesemutan, sakit kepala,pusing, migrain, kram, hilang keseimbangan, mudah lupa, pegal-pegal,leher kaku, keguguran berulang pada wanita hamil, preeklamsia, dll.

Penyebab keadaan tersebut beragam diantaranya kerana pola makan yang salah (tinggi lemak,tidak variatif, tinggi gula), aktiviti fizik yang rendah hingga ke masalah lingkungan (polusi udara berperanan penting).

Terapi Oksigen adalah terapi yang diyakini mampu membantu mengatasi penggumpalan darah atau penyumbatan pembuluh darah. :

Penggunaan rutin Terapi Oksigen dapat memisahkan penggumpalan sel darah merah , memperbaiki struktur membran sel darah merah yang telah dirosak oleh radikal bebas Penggunaan rutin Terapi Oksigen dapat memisahkan penggumpalan sel darah merah sehingga distribusi oksigen, nutrisi dan pengeluaran sampah tubuh menjadi lebih optimum

FAEDAH TERAPI OKSIGEN JANGKA PANJANG.

Memperbaiki peredaran darah

badan dengan cepat memulihkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Merangsang sel-sel otak dan mengurangkan tekanan.

Tingkatkan tahap penumpuan dan kecekapan kerja.

Mengurangkan lemak badan dengan meningkatkan metabolisme.

Meningkatkan sistem imun.

Meningkatkan kualiti tidur.

Baik & Sesuai Untuk:

Mereka yang mempunyai sindrom kekurangan oksigen yang kronik

Orang yang mudah letih / keletihan

Warga tua, atlet, pelajar, perokok, dan lain-lain

Ahli korporat,golongan professional dll

pencemaran atmosfera

dan sebagainya

BERAPAKAH BAYARAN PERKHIDMATAN UNTUK TERAPI OKSIGEN DI PUSAT MADINATUL ASRAR?

TERAPI OKSIGEN MADINATUL ASRAR

MASA

1/2 Jam : RM20

1 Jam : RM35

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan akupuntur laser tersebut boleh mengunjungi pusat rawatannya di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone: 012-880 2035 (Super Hotline)