Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Menghasilkan Secara Rptimum Pelbagai Jenis Gelombang Otak

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(GROWTH HORMONE NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Terapi Brainwave dan stimulasi gelombang otak untuk membantu menambah tinggi badan dengan merangsang otak agar kembali menghasilkan hormon pertumbuhan dalam jumlah yang seimbang.

Meningkatkan hasil usaha meninggikan badan.

Untuk usia 18-30 tahun. Dibuat berdasarkan hasil kajian ilmiah. Anda mencari cara yang selamat, berkesan, murah & semulajadi untuk menambah ketinggian? Jemu kerana bertubuh rendah? Hampa dan kurang keyakinan diri dalam segala yang anda lakukan sebab anda rendah? Anda mencari cara terbukti untuk menambah ketinggian? Jelak menghabiskan wang dengan cara-cara menambah ketinggian yang palsu, serta teknik dan barangan yang tidak berkesan?

Jika anda menjawab 'YA' kepada soalan-soalan di atas, anda mungkin sudah biasa dengan masalah tersebut. Lupakan suntikan hormon tumbesaran atau pembedahan pemanjangan tulang. Kaedah tersebut melibatkan kos tinggi dan mungkin membahayakan anda. Apa yang anda perlukan ialah kaedah yang selamat, berkesan dan murah untuk menambah ketinggian anda secara semulajadi dan senang.

Kini Anda Boleh Menambah Ketinggian, Walaupun Selepas Akil Baligh!

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara SemulajadiTahukan anda bahawa 95% individu tinggi di dunia ini mempunyai ibubapa yang lebih rendah, dan mereka membesar melepasi ketinggian ibubapa mereka.

Anda boleh mempengaruhi tumbesaran anda tidak kira baka mahupun ciri fizikal keturunan anda, atau apa sahaja yang dikatakan orang mengenai alat menambah ketinggian ini.

Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster direka khusus berdasarkan Terapi Gelombang Otak Manusia.Ianya merangsang titik saraf dalam otak anda.

Rangsangan ke atas kelenjar pituitari menyebabkan peningkatan rembesan hormon tumbesaran.

Peningkatan hormon tumbesaran bermakna tumbesaran bahagian vertebra dan tetulang anggota bawah badan bertambah dengan lebih hebat. Tapi ingat, sekiranya anda lebih muda, kebarangkalian ketinggian anda meningkat adalah lebih tinggi.

RANGSANGAN HORMON PERTUMBUHAN UNTUK MENAMBAH TINGGI BADAN SECARA SEMULAJADI

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster

Keterangan : Terapi Brainwave dan stimulasi gelombang otak untuk membantu menambah tinggi badan dengan merangsang otak agar kembali menghasilkan hormon pertumbuhan dalam jumlah yang seimbang. Meningkatkan hasil usaha meninggikan badan. Untuk usia 18-30 tahun. Brainwave ini dibuat berdasarkan hasil kajian ilmiah.

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker sambil duduk santai atau berbaring. Mata dipejamkan untuk merasakan alunan Brainwave. Dalam sehari disyorkan mendengar Brainwave ini selama 30 minit. Jika anda tidak ada masa lapang untuk mendengar Brainwave ini secara khusus, maka anda boleh dengar Brainwave ini waktu menjelang tidur. Tiada masalah jika anda tertidur ketika mendengar Brainwave ini.

Harga : RM150

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara SemulajadiHuman Growth Hormone (HGH) adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. hormon ini berfungsi untuk memerangi ketuaan dan menyebabkan pertumbuhan dan pembaikan tisu badan termasuk otot, kulit, buah pinggang dan sebagainya.

Pada masa kanak-kanak HGH diperlukan untuk pertumbuhan tubuh atau menambah tinggi badan. Hormon HGH meningkat secara semulajadi ketika manusia mengalami masa akil baligh, hingga pada usia 20 tahun, kemudian akan menurun secara perlahan.

Berdasarkan kajian Dr Daniel Rudman pada tahun1990 melaporkan bahawa HGH membalikkan proses penuaan pada `manusia.

Selanjutnya Eksperimen Dr. David Khansari dan Dr. Thomas Gustad, dari North Dakota memdapatkan bahawa tikus yang diberi HGH hidupnya lebih panjang daripada yang non-HGH.

Tubuh boleh distimulasi (dipicu) untuk menghasilkan hormon pertumbuhan lebih banyak seperti waktu kita remaja dengan Terapi Gelombang Otak (Brainwave Entrainment). Kerana sebenarnya pada saat tidur lelap tubuh kita juga menghasilkan HGH.

Otak kita akan lebih banyak menghasilkan HGH pada keadaan gelombang otak deep delta iaitu 0,1 - 2 Hz).

Brainwave Growth Hormone Booster akan menstimulasi otak anda menuju keadaan gelombang otak yang diperlukan untuk menghasilkan hormon pertumbuhan.

ANDA MENCARI CARA YANG SELAMAT, BERKESAN, MURAH & SEMULAJADI UNTUK MENAMBAH KETINGGIAN?

Jemu kerana bertubuh rendah?
Hampa dan kurang keyakinan diri dalam segala yang anda lakukan sebab anda rendah?
Anda mencari cara terbukti untuk menambah ketinggian?
Jelak menghabiskan wang dengan cara-cara menambah ketinggian yang palsu, serta teknik dan barangan yang tidak berkesan?

Jika anda menjawab 'YA' kepada soalan-soalan di atas, anda mungkin sudah biasa dengan masalah tersebut. Lupakan suntikan hormon tumbesaran atau pembedahan pemanjangan tulang. Kaedah tersebut melibatkan kos tinggi dan mungkin membahayakan anda. Apa yang anda perlukan ialah kaedah yang selamat, berkesan dan murah untuk menambah ketinggian anda secara semulajadi dan senang.

KINI ANDA BOLEH MENAMBAH KETINGGIAN, WALAUPUN SELEPAS AKIL BALIGH!

Tahukan anda bahawa 95% individu tinggi di dunia ini mempunyai ibubapa yang lebih rendah, dan mereka membesar melepasi ketinggian ibubapa mereka. Anda boleh mempengaruhi tumbesaran anda tidak kira baka mahupun ciri fizikal keturunan anda, atau apa sahaja yang dikatakan orang mengenai alat menambah ketinggian ini.

Bukti-bukti yang akan membuatkan anda terkejut, ternyata tulang yang kita miliki ini boleh berubah panjangnya tanpa dipengaruhi oleh faktor usia.

TAHUKAH ANDA?

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara Semulajadi Menurut kajian tumbesaran manusia Doktor Ichiro Kawaguchi dari Tokyo Research Laboratory of the National Health Department dan Doktor A. Kawata dari Universiti Kyoto, tumbesaran ketinggian manusia tidak berpandukan faktor baka semata-mata.

Ianya dipengaruhi oleh kesan hormon-hormon tertentu ke atas tumbesaran 26 tulang badan dan bahagian rawan (cartilageneous) pada 62 tulang bahagian anggota bawah badan. Rangsangan kelenjar pituitari akan menambah pengeluaran hormon yang akan menggalakkan ketinggianbahagian cartilageneous tetulang anggota bawah badan, seterusnya menyebabkan penambahan ketinggian.

Menurut terbitan Journal of Nurse Health Science [2002 Aug:4(3 Suppl):A4], kajian percubaan ke atas refleksologi kaki mendapati ianya meningkatkan kadar rembesan kelenjar pituitari yang menggalakkan ketinggian iaitu hormon tumbesaran manusia. Didapati refleksologi kaki meningkatkan 'endorphin' (penderia keseronokan) serta mengurangkan kesakitan dan kekhuatiran di kalangan individu pelbagai peringkat umur.

KAEDAH UNTUK MENAMBAH KETINGGIAN

1. Kaedah Bukan Semulajadi

Penggunaan Ubat-Ubatan Kimia

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara SemulajadiKetika ini terdapat banyak di pasaran pelbagai jenis hormon, ubat-ubatan atau supplement makanan tertentu yang dipanggil hormon tumbesaran tiruan yang didakwa dapat membantu menambah ketinggian badan. Kebiasaannya ia juga disebut dengan istilah HGH Booster, HGH Enhancer, Growth Enhancer, Growth Booster dan sebagainya yang menjanjikan hasil-hasil yang begitu menakjubkan.

Ia mungkin dapat membantu anda bagi mendorong perembesan hormon tumbesaran, tetapi dorongan terlalu cepat boleh membantutkan proses ketinggian di kemudian hari nanti. Ia belum tentu berhasil bahkan risikonya sangat tinggi. Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai kesan berbahaya terhadap kesihatan disamping akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kegagalan fungsi pada jantung, ginjal, hati dan organ tubuh yang lain keranacara kerja ubat-ubatan kimia tersebut adalah dengan "memaksa" tubuh untuk mengeluarkan hormon tumbesaran dengan lebih banyak. Selain itu, tubuh badan anda akan berasimilasi dengan ubat-ubatan tersebut dan seterusnya akan menolak untuk menghasilkan hormon tumbesaran secara semulajadi setelah anda berhenti mengambilnya.

Seorang pengguna telah melahirkan kekecewaannya terhadap ubat-ubatan semacam itu.Tubuhnya tidak bertambah tinggi namun tulang tangannya pula yang semakin membesar. Sudah tentu anda tidak ingin mengalami hal sebegitu rupa bukan?

Pembedahan Pemanjangan Tulang

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara SemulajadiPembedahan pemanjangan tulang adalah kaedah tidak semulajadi dalam usaha menambah ketinggian badan manusia. Pemanjangan tulang untuk tujuan menambahkan ketinggian (bersifat kosmetik) masih merupakan suatu indikasi yang baru dan menjadi topik perbincangan di kalangan pakar ortopedik.

Kaedah pembedahan sedia ada termasuklah teknik Ilizarov, penetap luaran monoplanar, perenggang kinetik rangka intramedula (dalam sumsum tulang) atau ringkasnya ISKD dan, pembedahan Fitbone. Teknik Ilizarov mula diperkenalkan dan diterajui di Wilayah Kurgan, Siberia di Rusia pada tahun 1951 oleh Dr. Gavril Abramovich Ilizarov dan hanya berkembang luas ke negara-negara barat pada tahun 1981.

Teknik Ilizarov ataupun dikenali juga dengan nama teknik penetap cecincin menggunakan sistem cecincin dan wayar yang dipasangkan pada tulang yang menjalani proses pemanjangan secara beransur-ansur iaitu dikenali juga sebagai proses peregangan osteogenesis.

Walaupun pembedahan pemanjangan tulang dapat menambah beberapa centimeter panjang tulang kaki, namun setiap centimeter memerlukan masa penyembuhan yang sangat lama. Ia memang dapat mengatasi masalah kependekan tulang, walau bagaimanapun proses rawatan memakan masa dan perlu dijalankan dengan rapiuntuk mengesan atau mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul.

Semasa proses penyembuhan, pesakit akan mengalami kesakitan pada tulang kaki, gatal-gatal kulit, radang sekitar lubang pinhole (skru yang ditanam pada kaki). Bahkan pesakit akan sering mendapat pelbagai komplikasi seperti bentuk tulang yang berubah menjadi tidak normal, tulang kering berubah bentuk, sendi terkehel, sendi terasa kaku, kecederaan pada sendi dan otot-otot kaki terasa sakit. Adapun kos yang diperlukan untuk pembedahan pemanjangan tulang adalah sekitar USD$9,700 jika ia dilakukan di China. Jika pembedahan dilakukan di Eropah atau Amerika Syarikat, maka kosnya jauh lebih mahal lagi.
Keghairahan untuk memanjangkan tulang telah disalah guna oleh klinik-klinik kecil yang mahu mengaut keuntungan lebih apabila menawarkan pembedahan itu di bawah label kosmetik. Oleh itu, kerajaan beberapa buah negara telah mengharamkan pembedahan seumpama itu kecuali atas alasan rawatan kerosakan tulang atau kaki tangan yang tidak rata disebabkan oleh kecederaan, tumor/ketumbuhan dan lain-lain kecacatan.

Dan perlu diingat bahawa dalam ajaran setiap agama, mengubah ciptaan Tuhan adalah dilarang sama sekali. Kesempatan yang baik bagi anda untuk mengoptimumkan ketinggian tubuh badan anda secara semulajadi, bukan dengan ubat-ubatan kimia, dan bukan juga melalui pembedahan pemanjangan tulang yang berbahaya.

2. Kaedah Semulajadi

Cara yang terbaik untuk memperolehi ketinggian yang diidamkan bukanlah melalui pengambilan ubat-ubatan kimia mahupun pembedahan pemanjangan tulang.

Memperkenalkan....
Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster

Penyelesaian Semulajadi, Berkesan, Selamat & Murah Bagi Masalah Ketinggian Anda

MENGAPA PERLU MENAMBAIAN?

Bagi sesetengah orang, ketinggian tidak dianggap begitu penting atau langsung tidak mereka hiraukan. Barangkali mereka telah mencapai ketinggian badan yang mencukupi atau bahkan lebih tinggi berbanding dengan orang yang di sekitar mereka dan mereka tidak pernah merasai perasaan menjadi orang yang bertubuh rendah.

Kajian membuktikan bahawa individu yang bertubuh rendah kurang berpeluang menjalin hubungan romantis, mempunyai bilangan anak yang kecil, dan pada amnya menerima gaji yang rendah. Mereka juga sukar mencari fesyen pakaian dewasa. Wanita yang bertubuh rendah sering berkata mereka tidak dipandang serius berbanding rakan mereka yang lebih tinggi. Individu yang bertubuh rendah wajar menerima hak dan keistimewaan sebagaimana yang dinikmati individu lain. Kami berharap dapat membantu anda dalam hal ini.

KAJIAN JUGA MENUNJUKKAN :

Tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa, anggun serta berketrampilan.
Pelbagai jenis profesion (spt juruterbang, pramugari, tentera, polis, wartawan, model, artis, atlet olahraga tertentu, dll) mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Tubuh badan yang rendah mempunyai peluang yang agak kecil dalam memilih pekerjaan.
Lelaki bertubuh tinggi lebih mudah mendapatkan penghormatan & perhatian oleh wanita atau lelaki lain.
Seorang yang bertubuh tinggi akan kelihatan lebih dewasa. Si adik yang bertubuh lebih tinggi dari kakaknya sering dianggap sebagai kakak.
Dan banyak kelebihan yang lain bagi orang yang memiliki ketinggian yang ideal.

Mungkin Anda sering tertanya-tanya, adakah ketinggian tubuh badan anda ketika ini bersesuaian dengan berat badan anda? Apakah anda ketika ini berharap untuk memiliki tubuh badan yang tinggi serta ideal? Pastinya ada banyak kemudahan-kemudahan akan anda perolehi, baik dari segi pekerjaan, percintaan & masa depan yang lebih cerah dan bahagia.

CARTA BERAT BADAN & KETINGGIAN YANG IDEAL

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara Semulajadi

THE BODY MASS INDEX (BMI)

Index Berat Badan - Merupakan kaedah untuk mengenalpasti berat badan yang sihat

BMI Formula BMI( kg/m² ) = berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²

Contoh :

Berat badan 50 kg dengan tinggi badan 160 cm = 50 kg /(1.6 X 1.6) = 19.53 BMI

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara Semulajadi

Jika anda tidak memenuhi standard yang tertera diatas, janganlah bersusah hati, berfikirlah secara positif dan perkuatkan keinginan anda untuk menjadi lebih tinggi. Anda telah pun menemui kaedah semulajadi, berkesan, selamat & murah bagi masalah ketinggian anda.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HORMON TUMBESARAN?

Hormon tumbesaran merupakan sejenis hormon yang kompleks terdiri dari 191 asid amino yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari di bahagian otak manusia. Ia juga dikenali sebagai Somatotrofin. Sebaik sahaja berada dalam aliran darah, ianya akan diproses secara semulajadi menjadi sejenis metabolite yang kuat untuk merangsang tumbesaran manusia.

Kebanyakan manusia membesar 12-15 inci (30-37.5 cm) semasa tahun pertama mereka (umur 0-1 tahun), dan boleh membesar sehingga 3-4 inci (7.5-10 cm) setiap tahun sehingga akil baligh (umur 12-14 tahun).

Saban hari, pengeluaran hormon pertumbuhan semakin berkurangan dengan kadar pengurangan sebanyak 14% bagi setiap 10 tahun. Seiring dengan peningkatan usia tersebut, kelenjar pituitari masih lagi boleh menghasilkan hormon tertumbuhan tetapi tidak mampu mengeluarkannya dengan jumlah yang besar.

Ternyata kajian terbaru menunjukkan bahawa apabila dirangsang pengeluarannya, kelenjar pituitari yang menua tetap mampu menghasilkan hormon tumbesaran seperti pada masa lalu.

Baca Seterusnya Untuk Mengetahui Bagaimana Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster Berfungsi Dengan Berkesan

Menggalakkan Peningkatan Hormon Tumbesaran

Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster direka khusus berdasarkan Terapi Gelombang Otak Manusia.Ianya merangsang titik saraf di tapak kaki anda. Rangsangan ke atas kelenjar pituitari menyebabkan peningkatan rembesan hormon tumbesaran. Peningkatan hormon tumbesaran bermakna tumbesaran bahagian vertebra dan tetulang anggota bawah badan bertambah dengan lebih hebat. Tapi ingat, sekiranya anda lebih muda, kebarangkalian ketinggian anda meningkat adalah lebih tinggi.

Pemanjangan Tulang Belakang

Kajian saintifik secara intensif dan ujikaji selama lebih satu dekad membuktikan kebanyakan orang muda masih berupaya meningkatkan ketinggian mereka walaupun setelah tetulang bercantum. Ukuran tulang belakang bahagian atas badan juga menyumbang kepada ketinggian individu (lebih kurang 35% jumlah ketinggian).

Tulang belakang manusia terbina daripada 33 segmen yang dipanggil vertebra yang disambung dengan ligamen (tisu serat yang tahan lasak). Hanya 9 vertebra dari jumlah 33 ini bercantum menjadi dua bahagian tulang yang statik, iaitu sacrum dan coccyx, yang membentuk bahagian belakang pinggul. Kesemua 24 vertebra yang lain boleh bergerak dan tidak akan bercantum seumur hidup. 24 vertebra tersebut termasuk 7 dibahagian leher, 12 dibahagian dada, dan 5 dibahagian pinggang.

Setiap verterbra tersebut diasingkan oleh pengalas yang dinamakan cakera rawan. Ketebalan cakera rawan menentukan ukuran tulang belakang dan seterusnya tahap ketinggian sesorang individu. Terdapat 25 cakera rawan yang mana jumlah ukurannya menyumbang kepada 25% ketinggian anda.

Oleh sebab cakera tersebut merupakan rawan yang tidak bercantum, ianya kian menebal dengan rangsangan hormon tumbesaran dalam jangka hayat seseorang individu.Semakin tebal cakera tersebut, semakin panjang tulang belakang anda dan semakin bertambah ketinggian anda. Bayangkan: sekiranya setiap cakera menebal sebanyak 0.25cm (0.1 inci) ini bermakna anda masih boleh mencapai ketinggian 0.25 cm x 25 cakera = 6.25 cm (2.5 inci)!

Tumbesaran Rawan Artikular (Bahagian Kaki)

Walaupun kebanyakan tetulang anda tidak lagi membesar, bahagian rawan artikular yang menyambungkan tulang-tulang dalam badan masih boleh menebal. Kedua-dua bahagian bawah tulang Femur (hujung tulang peha berdekatan lutut) dan bahagian atas tulang Tibia (pangkal tulang kering berdekatan lutut) masih boleh bertambah antara 0.5 - 1 inci. Ini boleh meningkatkan ketinggian bahagian bawah badan anda sebanyak 1 - 2 inci.

Peningkatan Kesihatan Keseluruhan

Selain memberikan anda ketinggian tambahan, Anugerah Agung Brainwave For Growth Hormone Booster juga terbukti melancarkan sistem peredaran darah dan penghadaman, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan keletihan, melambatkan proses penuaan, melicinkan pernafasan dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.

Terapi Brainwave Untuk Menambah Ketinggian Secara Semulajadi