Laman Utama

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(QUIT SMOKING NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Terapi brainwave ini khusus untuk Anda yang ingin membuktikan pada diri sendiri bahawa Anda adalah manusia yang merdeka dan mampu lepas dari kebiasaan merokok. Menstimulasi syaraf-syaraf otak dan memprogram fikiran untuk membantu Anda lepas dari ketagihan rokok. Anda dapat berhenti merokok untuk selamanya dan tetap menikmati hidup Anda.

Terapi Brainwave dan stimulasi gelombang otak dalam program Quit Smoking ini berfungsi untuk “melepaskan” ketergantungan saraf otak Anda terhadap zat-zat adiktif dalam rokok. Sedangkan method Quantum Brain Programming akan membantu Anda untuk mengubah kebiasaan buruk merokok yang sudah tertanam selama bertahun-tahun.

Anda akan dilengkapi dengan 3 file audio brainwave khusus untuk berhenti merokok yang dibuat dengan menggabungkan terapi brainwave dan stimulasi gelombang otak. 2 file berdurasi 35 minit dan 1 file brainwave berdurasi 10 minit.

TERAPI UNTUK BERHENTI MEROKOK SELAMANYA

Nama Produk Brainwave :  Anugerah Agung Brainwave Treatment For Quit Smoking

Keterangan : Brainwave Terapi untuk anda yang ingin membuktikan pada diri sendiri bahawa anda adalah manusia yang merdeka dan mampu lepas dari kebiasaan merokok. Menstimulasi saraf-saraf otak dan  memprogram fikiran untuk membantu anda lepas dari ketagihan merokok. Anda boleh berhenti  merokok untuk selamanya dan tetap menikmati hidup anda.

Cara Penggunaan : Diputar selama 35 minit ketika anda sedang rileks atau menjelang tidur di malam hari. Tiada masalah apabila ketika anda tertidur ketika mendengar terapi Brainwave ini.  Walaupun  tubuh anda tidur, otak tetap bertindak balas stimulasi  dan gelombang otak.

Harga : RM 150

KESAN MEROKOK TERHADAP KESIHATAN

Mengapa merokok
Nampak lebih dewasa ...........
Matang..........
Dapat menenangkan fikiran.......
Mencari ilham...........

 

 

Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.

Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokokk kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!

Apakah kesan buruk daripada merokok?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun.

Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun.

Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.

Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?

Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.

Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.

Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.

Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Kesan atau risiko lain akibat merokok

Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.

Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.

Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.

Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda.

KESAN ASAP ROKOK KEPADA ORANG LAIN 

Syabas kerana anda tidak merokok !

Anda telah berjaya mengurangkan risiko mengidap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti :-

Penyakit Jantung

Penyakit saluran pernafasan seperti bronchitis dan asma

Penyakit paru-paru seperti emfisima

Barah paru-paru

Tetapi , bagaimana dengan ASAP ROKOK di sekeliling anda ?

Kajian menunjukkkan seorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya, manakala baki 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya.

ASAP ROKOK MENGANDUNGI :

TAR , sejenis bahan kimia yang menggangu paru-paru dan boleh menyebabkan barah.

NIKOTIN , sejenis dadah yang berbahaya kepada jantung dan system saraf.

KARBON MONOKSIDA , sejenis gas beracun yang mengurangkan bekalan oksigen kepada badan.

BAHAN KIMIA , yang menyebabkan penyakit barah.

ASAP YANG KELUAR DARI PUNTUNG ROKOK MENGANDUNGI :

3 kali lebih banyak tar.

2 kali lebih banyak nikotin.

5 kali lebih banyak karbon monoksida.

50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.

JADI , APAKAH KESANNYA ? 

Penyelidikan menunjukkan ASAP ROKOK tersebut boleh mendatangkan kesan-kesan buruk kepada :-

ISTERI PEROKOK, isteri-isteri ini mempunyai risiko mengidap barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding dengan isteri orang yang bukan perokok.

RAKAN-RAKAN SEPEJABAT, mereka yang bekerja dengan perokok untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru.

BAYI DAN KANAK-KANAK, asap rokok boleh menggencat pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih kerap di serang oleh jangkitan paru-paru, batuk-batuk, selsema dan sakit kerongkong. Mereka juga lebih kerap jatuh sakit. Disamping itu, ibu-bapa yang merokok memberi satu contoh yang buruk kepada anak mereka kerana anak mereka akan meniru tabiat merokok mereka kelak.

PESAKIT-PESAKIT, pesakit-pesakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok. Pesakit-pesakit asma turut juga menghadapi kesulitan untuk bernafas apabila terdedah kepada asap rokok.

SECARA UMUM

Akibat dari menyedut ASAP ROKOK kebanyakan orang mengalami kesan-kesan seperti :-

SAKIT KEPALA

SAKIT KERONGKONG DAN SAKIT MATA

PENING – PENING

BATUK – BATUK

Berhenti Rokok Tanpa Paksaan !!!!

Nikmat Yang Membawa Celaka

Setiap sedutan pasti membawa padah.Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masaalah kepada anda .Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian.

Rokok mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi.Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur. Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan. Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.

Kesan Terhadap Keluarga Dan Persekitaran

Anda sayang anak anda ? Isteri anda? Keluarga anda? Sudah pasti anda tidak mahu menjerumuskan mereka kepada bahaya hasil daripada kegiatan merokok anda . Kerana setiap saat anda menghisap rokok, dengan tidak sengaja orang-orang di sekitar anda menabung zat-zat karsinogenik yang menunggu waktu untuk berkembang menjadi penyakit. Ini bermakna , mereka juga terdedah kepada kemudaratan. Terutama anak-anak kecil yang sensitive kepada asap rokok .

Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesar. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Kesannya , anak-anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma ).

ROKOK SEJENIS DADAH

Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok. Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi 'dadah'. Kenyataan ini tidak lagi benar. Walaupun di sisi undang-undang tembakau dalam rokok bebas digunakan, namun kita tidak dapat lari daripada hakikat yang sebenarnya. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin. 

Nikotin ialah sejenis dadah haram. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Keadaan ini tidak memeranjatkan, memandangkan perokok akan ketagihan dan cuba untuk mendapatkan bekalan dadah nikotin melalui rokok. Keadaan ini seterusnya akan menjadi satu tabiat hidup mereka. 

Tabiat ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama walaupun jenis dadah yang terlibat agak berbeza. Kesan ketagihan ini mendorong seseorang terus menghisap rokok dan sukar untuk meninggalkannya seperti yang dialami oleh penagih dadah heroin dan ganja. Ketagihan didapati tidak berlaku apabila nikotin 'dikeluarkan' daripada rokok. 

KETAGIHAN NIKOTIN

Dadah jenis nikotin yang memberi rasa 'umph' pada rokok. Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain. Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga merosakkan individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan pula merokok atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan. 

Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan pada penagihan dadah yang lain seperti heroin, alkohol dan kokain. Misalnya, selepas tabiat merokok bermula, berlaku peningkatan penggunaan rokok tahun demi tahun. Pola ini juga terdapat pada ketagihan heroin. Mengikut satu kajian, dalam masa tiga bulan 70 peratus daripada mereka yang berhenti akan ketagihan semula. Keadaan ini juga sama dengan penagihan heroin atau alkohol. Laporan daripada Centres for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat pada tahun 1994, mendapati lebih kurang 70 peratus daripada penduduk negara itu berhasrat untuk berhenti merokok manakala satu pertiga cuba untuk berhenti setiap tahun. Namun hanya 2.5 peratus sahaja daripada perokok yang berjaya menghentikan tabiat tersebut. International Union Against Cancer pula melaporkan bahawa paling kurang 30 peratus yang berhenti merokok telah mengulangi tabiat merokok mereka. Kegagalan ini berlaku disebabkan pergantungan kepada dadah nikotin. 

KESAN DAN TINDAKAN NIKOTIN

Sebagai satu bahan dadah psikoaktif, nikotin mudah berkumpul dan bertindak di tisu-tisu saraf dan otak berbanding dengan dadah yang lain. Tindakannya menyerupai asetilkolin, iaitu sejenis biokimia semulajadi dalam badan. Tindakan nikotin adalah lebih khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf. Oleh itu ia berupaya membebaskan beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, dan otak. Keadaan ini berlaku dalam beberapa saat sahaja. Kesan secara umum ialah tindakannya ke atas otak iaitu rasa khayal dan 'ringan' pada permulaan rangsangan otak. Kesan pada otak boleh menyebabkan seseorang mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau kepeningan yang sering dirasakan apabila mula-mula merokok. Keadaan tolerans inilah yang seterusnya mendorong kepada kesan ketagihan atau pergantungan kepada nikotin. 

Umumnya nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik. Akibat rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara. Apabila terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah, berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke atas hormon-hormon tubuh. 

Seseorang akan menghadapi kesan-kesan yang berbeza bergantung kepada cara menghisap rokok yang juga berbeza-beza. Ia bergantung kepada cara seseorang itu menyedut dan kadar kekerapan sedutannya. Tambahan pula setiap rokok mempunyai kandungan nikotinnya tersendiri. Amalan merokok berterusan akan memberi kesan kepada tisu-tisu lain menyebabkan penyakit bronkitis (radang dalam saluran pernafasan), penyakit jantung dan penyakit saluran darah. 

KESAN KERACUNAN NIKOTIN

Kes keracunan nikotin menunjukkan kesan yang teruk. Ia bermula dari mual dan muntah-muntah, sakit di bahagian perut, cirit-birit, pening-pening, gangguan pendengaran dan penglihatan, kekeliruan mental, lemah-lemah otot, perubahan kadar pernafasan dan tekanan darah. Keadaan ini jika tidak diawasi akan membawa maut. Situasi ini juga boleh berlaku kepada penanam tembakau. Mereka boleh dihidapi penyakit 'tembakau-hijau' kerana sering terdedah kepada embun yang mengandungi nikotin pada daun tembakau. Resapan embun melalui kulit boleh menyebabkan rasa mual, pucat, lemah-lemah, kepeningan, sakit kepala dan pepeluhan. Kadangkala mereka akan merasa sakit di bahagian perut, kesejukan, dan air liur yang meleleh. Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku seperti sawan, tekanan darah rendah dan pernafasan tertekan. Ini akan menjadi lebih dahsyat sekiranya melibatkan racun makhluk perosak yang bercampur nikotin. 

MEROKOK…. HARAM ATAU MAKRUH

Pada satu ketika. pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) HARAM : 

Ia adalah ijtihad oleh majoriti ulama kontemporari termasuk Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut   "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT

" Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; 

Oleh kerana itu, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya

" Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat"  ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut :

" Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876)

2) HARUS MENGIKUT KEADAAN

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandangan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan mengganggu, ketika itu, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : 

"Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ;

Ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan sedikit ubahsuai olahan ) :-

Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. 

Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi MEREKA yang belum merokok, dan makruh(dibenci Allah) bagi sesiapa yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya dan masih berusaha. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

ROKOK ADA SEL DARAH BABI

Rokok bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

CEGAH SEBELUM PARAH

Jadi mengapa anda perlu merokok ? Sedangkan anda sendiri akan mengakibatkan musibah kepada orang lain. Anda sudah bersedia untuk berbelanja beratus-ratus ribu untuk menyelamatkan satu nyawa hasil tabiat buruk merokok anda ? Pilihlah jalan yang lebih selamat demi masa depan dan kebahagian anda sekeluarga .

Anda masih belum terlambat untuk bertindak memberhentikan ketagihan anda dengan cara yang lebih mudah dan tidak memerlukan terapi yang menelan belanja tinggi .

Kami ingin membantu anda dengan memperkenalkan produk berasaskan Teknologi Saintifik Gelombang Otak ataupun dipanggil Brainwave. Ia boleh membantu anda kearah menyempurnakan niat murni anda untuk berhenti merokok . Ingat! Mencegah itu lebih baik dari mengubati . Oleh itu, dengan menggunakan produk Brainwave, anda akan menemui jalan mudah untuk melupakan asap rokok yang memusnahkan.Dah guna pelbagai cara tapi masih belum menunjukkan perubahan,anda belum mampu berhenti merokok,apa kata anda cuba pula teknologi Audio Brainwave Berhenti Merokok,tanpa perlu makan ubat dan sebagainya,cukup menggunakan brainwave ini setiap hari sehingga masalah ketagihan merokok anda dapat diatasi dan anda tidak merokok lagi,Selamat Berhenti Merokok,Selamatkan Kehidupan Anda dan Selamat Wang Poket Anda.